Close

Nothing Phone (4a) akan ditawarkan dengan empat pilihan warna

Nothing melalui acara MWC 2026 di Barcelona, telah memperlihatkan keempat-empat pilihan warna yang akan ditawarkan untuk Phone (4a).

Nothing menambah dua pilihan warna baru iaitu Biru dan Merah Jambu disamping pilihan warna klasik mereka iaitu Hitam dan Putih. Pilihan warna baru ini tampil dengan tona yang lebih terang dan lebih segar.

Untuk tiga pilihan warna iaitu putih, biru dan merah jambu ia menggunakan kemasan warna perak pada bahagian visor kamera. Berbeza dengan warna hitam yang menggunakan kemasan warna visor yang sama dengan warna peranti.

Butang pada model hitam juga dipadankan dengan warna peranti, sementara varian lain menggunakan warna perak. Selain itu, bingkai sisi untuk keempat-empat model ini turut dipadankan mengikut warna masing-masing dan dilengkapi dengan sistem glyph bar.

Untuk Phone (4a), butang Essential Key kini diletakkan di tempat berbeza iaitu di sebelah kiri manakala butang kuasa dan butang suara diletakkan di sebelah kanan.

ARTIKEL BERKAITAN