Close

HONOR 600 Lite kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM1399

HONOR secara rasmi memperkenalkan peranti baru HONOR 600 Lite ke pasaran tempatan.

HONOR 600 Lite hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.6-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 120Hz serta kecerahan puncak 6500 nits. Dijana dengan cip MediaTek Dimensity 7100 Elite yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Menariknya, peranti ini turut hadir dengan butang tambahan yang dipanggil sebagai AI Camera Button. Dimuatkan dengan bateri 6520mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Spesifikasi lain yang dibawakan seperti NFC, Bluetooth 6.0, penarafan IP66 dan menjalankan MagicOS 10 berasaskan Android 16.

HONOR 600 Lite dijual pada harga RM1399 dan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Velvet Grey dan Desert Gold. Untuk tempoh terhad, HONOR menawarkan rebat RM100 serta Waranti Lanjutan 1+1 Tahun bernilai RM99.

ARTIKEL BERKAITAN