Close

Apple mungkin perkenal tiga peranti baru dengan nama ‘Ultra’

Apple mungkin akan memperkenalkan sekurang-kurangnya tiga peranti baru dengan nama “Ultra” pada tahun ini.

Menurut laporan, Apple akan mengubah strategi mereka dengan memfokuskan kepada peranti premium. Berikutan itu, Apple akan memperkenalkan beberapa peranti baru dengan nama ‘Ultra’, membawakan teknologi yang lebih berkuasa dengan harga yang lebih mahal.

Antara peranti yang dijangka akan diperkenalkan adalah iPhone Ultra, AirPods Ultra dan juga MacBook Ultra. Untuk iPhone Ultra, ia adalah fon lipat pertama dari Apple hadir dengan skrin luar bersaiz 5.8-inci dan skrin dalam bersaiz 7.85-inci. Menariknya, peranti ini dikatakan tidak mempunyai sebarang sebarang kesan lipatan pada skrin. Harga jualan untuk peranti ini dikatakan sekitar $2000 (RM9000).

AirPods Ultra bakal menjadi TWS termahal yang diperkenalkan oleh Apple. TWS ini akan dilengkapi dengan kamera yang menyokong fungsi visual intelligence yang boleh memberikan maklumat kepada pengguna melalui Siri.

Satu lagi peranti yang akan diperkenalkan adalah MacBook Ultra, dijangka hadir dengan skrin OLED boleh sentuh dan dikuasakan dengan cip Apple siri M yang lebih berkuasa. Model ini bukan pengganti kepada model sedia ada sebaliknya akan diposisikan di atas model MacBook Pro.

Walau bagaimanapun, laporan menyatakan Apple mungkin tidak menggunakan penjenamaan ‘Ultra’ untuk semua peranti. Namun begitu, penggunaan nama Ultra boleh dikatakan sinonim dalam ekosistem Apple. Apple telahpun menggunakan nama Ultra pada beberapa peranti seperti Apple Watch Ultra, CarPlay Ultra dan cip Apple siri M Ultra.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN