Close

realme Note 80 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM399

realme Malaysia secara rasmi memperkenal peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu realme Note 80.

Merupakan peranti dari segmen kelas asas dan ditawarkan pada harga berpatutan.

realme Note 80 hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.74-inci dengan HD+ yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Unisoc T7250 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 64GB yang turut menyokong kad mikroSD sehingga 2TB.

Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor utama 8MP dan swafoto 5MP. Kamera peranti ini mampu merakam pada resolusi 1080p 30fps dan menyokong pelbagai mod seperti panorama dan potret. Dimuatkan dengan bateri 6300mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Peranti ini menjalankan sistem operasi realme UI berasaskan Android 15 dan hadir dengan sistem pengimbas cap jari.

realme Note 80 ini ditawarkan pada harga RM399 dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Glacier Blue dan Storm Black. Bagi yang berminat, peranti boleh didapatkan di semua pengedar rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN