POCO bakal memperkenalkan siri X terbaru pada 17 Mac ini. Model ini akan menjadi pengganti kepada model semasa dan akan dikenali sebagai siri POCO X8.
Join the POCO X8 Pro Series Global Launch Event now! #SpeedToTheMax https://t.co/TuCFlb2NvA
— POCO (@POCOGlobal) March 11, 2026
Siri POCO X8 dijangka akan menawarkan spesifikasi yang lebih menarik dan lebih berkuasa dari generasi sebelumnya. Berdasarkan kepada poster rasmi yang dikongsi peranti ini menggunakan motto ‘Speed to the max’, yang mengambarkan peranti tersebut menawarkan kepantasan pada tahap maksimum.
POCO’s biggest battery ever — Massive 8500mAh (typ) battery on POCO X8 Pro Max.
— POCO (@POCOGlobal) March 11, 2026
Now tell your power bank it can take a vacation. 🏖️ pic.twitter.com/PI89zjEGYD
Dalam perkongsian terbaru, POCO telah mendedahkan siri X8 akan dikuasakan dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s. Selain itu, ia akan dimuatkan dengan kapasiti yang sangat besar iaitu 8500mAh dan akan menyokong pengecasan pantas 100W.
The hero returns.
— POCO (@POCOGlobal) March 11, 2026
Stronger. Bolder. Unstoppable.
Suit up with POCO X8 Pro Iron Man Edition. pic.twitter.com/20caD2jKhY
Lebih menarik, POCO X8 Pro Iron Man Edition akan turut diperkenalkan pada acara tersebut. Model edisi terhad ini dijangka hadir dengan tema dan kemasan yang berasaskan kepada karakter Iron Man.