Close

HUAWEI Mate 80 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga RM3999

HUAWEI Mate 80 Pro secara rasmi tiba ke pasaran tempatan. HUAWEI akhirnya, membawakan kembali model ‘Mate’ selepas kali terakhir ia ditawarkan ke pasaran tempatan melalui Siri Mate 50.

Dari segi spesifikasi, HUAWEI Mate 80 Pro hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.75-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak sehingga 8000 nits dan dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua.

HUAWEI tidak mendedahkan cip pemproses yang digunakan pada Mate 80 Pro, namun menyatakan peranti ini 20% lebih berkuasa berbanding Mate 70 Pro. Dari segi konfigurasi memori, ia hadir dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan kapasiti bateri 5750mAh yang menyokong 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP apertur boleh ubah F/1.4–F/4.0 + 40MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dan swafoto 13MP. Kemampuan kamera ini dibantu dengan sistem pengimejan XMAGE yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI. Selain itu, ia turut hadir dengan pelbagai ciri yang dikuasakan oleh AI seperti AI Remover, AI Composition dan AI Best Expression.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP68/IP69, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 6.

Untuk harga jualan, HUAWEI Mate 80 Pro dijual pada harga RM3999 untuk 16GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2115.

ARTIKEL BERKAITAN