Close

OPPO Find N6 akan tiba bersama AI Pen baru – Sokong ciri AI Chart dan AI Image

Fon lipat terbaru dari OPPO iaitu Find N6 bakal tiba dengan OPPO AI Pen baru. Stylus ini hadir dengan ciri AI baru yang dikuasakan oleh Google Cloud.

Melalui intergrasi ini, OPPO bakal membawakan ciri AI baru iaitu AI Chart dan AI Image. Untuk AI Chart, ia membolehkan pengguna menukar nota tulisan tangan kepada digital yang kemas serta boleh disunting dengan mudah, ciri ini dibangunkan dengan Gemini 2.5 Pro.

Manakala, untuk AI Image ia membolehkan lukisan atau lakaran ringkas menjadi imej yang lebih terperinci serta menarik. Pengguna turut boleh menentukan gaya lukisan tertentu. Ciri ini dibangunkan dengan Nano Banana.

Selain itu, OPPO turut berkerjasama dengan Google untuk membolehkan Android Quick Share digunakan dengan AirDrop. Sekali gus, membolehkan pengguna Android berkongsi fail, imej dan video secara terus ke peranti Apple. Semua ciri ini akan ditawarkan melalui sistem operasi ColorOS 16 pada OPPO Find N6.

ARTIKEL BERKAITAN