Close

HONOR siri N kini diposisikan sebagai fon ‘flagship’

HONOR Malaysia mengumumkan siri N kini bukan lagi peranti kelas pertengahan sebaliknya adalah peranti kelas andalan.

Perubahan ini menyaksikan siri N bakal hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan menyokong kemampuan kamera yang lebih baik. Siri N akan dijana dengan cip andalan dari Qualcomm yang menawarkan prestasi lebih tinggi dengan intergrasi AI yang lebih meluas untuk penggunaan harian.

Untuk fotografi, siri N akan dilengkapi dengan sistem kamera telefoto yang direka semula untuk memberikan pengalaman yang lebih baik. HONOR akan turut memberikan tumpuan kepada ciri AI Image-to-Video yang membolehkan gambar statik ditukar kepada format video dengan lebih lancar melalui algoritma AI.

Dengan perubahan ini, siri N dijangka akan ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, peningkatan ini dilihat seiring dengan trend semasa.

ARTIKEL BERKAITAN