realme Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru iaitu realme 16 Pro dan realme 16 Pro+. Hadir dengan pakej yang lebih menarik bersama spesifikasi yang lebih berkuasa dan rekaan yang lebih baik.

Dari segi rekaan, siri realme 16 Pro hadir dengan rekaan serba baru dengan sentuhan pereka terkenal dari Jepun iaitu Naoto Fukasawa. Untuk realme 16 Pro+, ia hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.8-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 6500 nits.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP Telefoto Periskop + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 80W SuperVOOC.

Untuk realme 16 Pro, ia hadir dengan skrin AMOLED jenis rata bersaiz 6.78-inci dengan paparan 144Hz. Dijana dengan cip Dimensity 7300 Max yang digabungkan dengan RAM 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP dan swafoto 50MP. Turut dimuatkan dengan kapasiti bateri dan teknologi pengecasan yang sama 7000mAh dengan SUPERVOOC 80W.



Kedua-kedua peranti menyokong sistem kamera LumaColor Image yang menawarkan pelbagai pilihan tona warna eksklusif. Selain itu, turut menyokong penarafan IP66/ IP68/IP69/IP69K dan menjalankan sistem operasi realmeUI 7.0 berasaskan Android 16.


Di Malaysia, realme 16 Pro dijual pada harga RM1599 untuk 12GB + 256GB dan RM1899 untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Orchird Purple dan Pebble Grey. Manakala untuk realme 16 Pro+, ia dijual pada harga bermula RM2299 untuk (12GB + 512GB),turut ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Gold Master dan Grey Master.