Close

HUAWEI MatePad Air (2026) turut diperkenalkan – Skrin OLED 144Hz, bateri 10,100mAh dan pengecasan 66W

Pada acara pelancaran siri Pura 90s, HUAWEI turut memperkenalkan tablet baru mereka iaitu MatePad Air (2026).

MatePad Air (2026) tidak lagi menggunakan skrin LCD sebalik diganti dengan skrin PaperMatte OLED bersaiz 12-inci dengan resolusi 2800 x 1840 dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Kirin T93C yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan satu kamera belakang dengan sensor 50MP dan kamera swafoto 12MP. Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Tablet ini turut menyokong stylus pintar M‑Pencil Pro dengan fungsi transkripsi suara, kemas kini nota automatik, serta kawalan seperti air mouse mode untuk pembentangan.

MatePad Air (2026) hanya setebal 5.3mm dengan berat hanya sekitar 509 gram. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan enam pembesar suara. MatePad Air (2026) ditawarkan dengan tiga pilihan warna baru iaitu Airy Blue, Sakura Pink dan White.

Untuk pasaran Eropah, MatePad Air (2026) ditawarkan pada harga bermula €849 (RM3943), peranti ini akan turut ditawarkan di Malaysia dengan tarikh pelancarannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN