Xiaomi secara rasmi mengumumkan Redmi Note 17 dan Redmi Note 17 Pro di China. Kedua-dua model hadir dengan pelbagai peningkatan menarik seperti kapasiti bateri yang lebih besar dan dijana dengan cip pemproses baru.

REDMI Note 17 dilengkapi skrin OLED 7-inci dengan resolusi 2396 × 1080, turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 1800 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB. UFS 2.2, turut menyokong slot untuk mikroSD.

Dari segi bateri, Redmi Note 17 dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W serta pengecasan berbalik 22.5W. Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera tunggal belakang 50MP dan swafoto 8MP. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti pembesar suara jenis stereo, NFC, IR Blaster, penarafan IP66,IP68 dan IP69/IP69K serta pengimbas cap jari bawah skrin bawah skrin.

Manakala untuk REDMI Note 17 Pro, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 2772 × 1280 serta menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6s Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB serta storan dalaman sehingga 512GB.

Model Pro dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 9000mAh dengan teknologi Silicon-Carbon. Turut menyokong pengecasan pantas 67W dan pengecasan berbalik 22.5W. Untuk spesifikasi lain, ia hadir dengan pembesar suara jenis stereo, NFC, IR Blaster, penarafan IP66,IP68 dan IP69/IP69K serta pengimbas cap jari bawah skrin bawah skrin.
Untuk pasaran China, REDMI Note 17 dijual pada harga bermula sekitar CNY1300 (RM772) manakala untuk REDMI Note 17 Pro pula bermula sekitar CNY1600 (RM953).