Close

Cara kesan aplikasi ‘makan bateri’ pada iPhone dan Android

Anda mungkin pernah menghadapi situasi yang mana bateri fon cepat turun atau habis walaupun tidak digunakan secara kerap. Situasi begini kebanyakkan tidak melibatkan bateri yang rosak, tetapi ada aplikasi yang berjalan di belakang tabir dan menggunakan bateri secara berlebihan.

Android

Untuk peranti Android, cara untuk mengesan aplikasi yang guna bateri secara berlebihan adalah dengan pergi ke Settings > Battery > Battery Usage atau App Battery Usage. Sesetengah pengeluar mungkin menggunakan nama berbeza seperti Battery & Device Care atau Battery & Performance.

Pada bahagian Battery Usage atau App Battery Usage, anda boleh melihat peratus penggunaan bateri setiap aplikasi. Bukan itu sahaja, anda turut boleh melihat berapa lama aplikasi digunakan dan mengetahui aplikasi tersebut berjalan di background atau sebaliknya.

iPhone

Bagi pengguna iPhone pula, pergi ke Setting > Battery > view All Battery Usage. Pada bahagian ini, ia akan memaparkan maklumat mengenai Screen On dan juga Background Activity. Dengan mengetahui aplikasi yang menggunakan bateri berlebihan anda boleh mengelakkan peranti dari cepat kehabisan bateri.

Terdapat beberapa cara untuk menyelesaikan masalah aplikasi yang menggunakan bateri berlebihan antaranya tutup Background App Refresh, hadkan aktiviti background untuk aplikasi, matikan Location Access jika tidak diperlukan, kurangkan notifikasi yang tidak penting dan kemas kini aplikasi kepada yang terkini. Sekiranya, masalah masih berlarutan pilihan terakhir adalah buang aplikasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN