nubia secara rasmi memperkenalkan tablet baru yang memfokuskan kepada permainan iaitu RedMagic Astra 2. Seperti namanya, peranti ini hadir dengan spesfisikasi yang berkuasa dan dimuatkan dengan pelbagai ciri yang memfokuskan kepada permainan.

RedMagic Astra 2 dilengkapi dengan skrin LTPO OLED bersaiz 9.06-inci dengan resolusi 2.4K. Selain itu, skrin ini turut menyokong paparan 185Hz dan touch sampling rate sehingga 300Hz. Untuk prestasi, tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan cip khas RedCore R4. Cip tambahan ini membantu untuk mengoptimumkan grafik serta memberikan pengalaman permainan yang lebih lancar.

RedMagic Astra 2 dimuatkan dengan bateri 8300mAh yang menyokong pengecasan pantas 75W. Tablet ini hadir dengan dua port USB-C yang menyokong teknologi USB 2.0 dan juga USB 3.2 Gen 2. untuk pemindahan data yang lebih pantas.

Untuk fotografi, ia menggunakan kamera belakang 13MP dan swafoto 9MP. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasi RedMagic OS 11.5 berasaskan Android 16.
RedMagic Astra 2 dijual pada harga bermula sekitar $749 (RM3065) untuk 12GB + 256GB dan $849 (RM3474) untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Eclipse Black dan Starfrost Silver, dijangka akan mula dijual bermula pada penghujung Ogos 2026.