Close

Siri Xiaomi 18 mungkin tiba lebih awal ke pasaran India

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan siri Xiaomi 18 seawal September ini di China. Namun, apa yang lebih menarik terdapat laporan menyatakan peranti tersebut akan memasuki pasaran India lebih awal daripada kebiasaan.

Menurut sumber, Xiaomi dijangka akan memperkenalkan tiga pilih model iaitu Xiaomi 18, Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Model paling premium iaitu Xiaomi 18 Ultra dikatakan tidak akan diperkenalkan pada tahun ini. Bermaksud, Xiaomi 18 Pro Max akan menjadi model paling premium dalam siri Xiaomi 18.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat yang dikongsi mengenai spesifikasi bagi membezakan model Pro dan Pro Max. Selain itu, laporan sama turut menyatakan siri Xiaomi 18 akan tiba di India pada Disember 2026, iaitu tiga bulan lebih awal berbanding kebiasaan peranti tersebut tiba di negara itu.

Namun begitu, model Xiaomi 18 Pro Max berkemungkinan akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad untuk pasaran India.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN