HUAWEI Pura X View menjadi peranti terbaru yang diperkenalkan oleh HUAWEI. Menariknya, peranti ini menggunakan aspek nisbah skrin yang lebar namun ia tidak boleh dilipat.

HUAWEI mendakwa Pura X View adalah telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan nisbah aspek 16:9.5 tetapi tidak boleh dilipat. Dari segi rekaan, peranti ini menggunakan rekaan yang hampir sama seperti HUAWEI Pura X Max.

Buat masa ini, HUAWEI belum lagi mendedahkan spesifikasi penuh untuk peranti tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa spesifikasi utama Pura X View telah disahkan oleh HUAWEI. Pura X View menggunakan skrin bersaiz 6.39-inci dengan nisbah aspek 16:9.5 dan menyokong kecerahan puncka 6500 nits.
Rekaan skrin lebar ini dapat memberikan pengalaman penggunaan yang berbeza berbanding telefon pintar biasa. Peranti ini hanya setebal 6.68mm dengan berat hanya 201 gram sahaja. Walaupun menggunakan rekaan yang nipis dan ringan, peranti ini masih mampu memuatkan kapasiti bateri yang besar iaitu 7000mAh.
Buat masa ini, pengguna di China sudah boleh membuat pra-tempahan melalui kedai dalam talian rasmi Huawei.
HUAWEI dijangka akan mendedahkan spesifikasi penuh, harga serta maklumat ketersediaan Pura X View pada 28 Ogos ini.