Model EV Sport terbaru dari Tesla iaitu Roadster kini boleh dipra-tempah di Malaysia. Tesla Roadster merupakan sebuah kereta elektrik berprestasi tinggi yang dimuatkan dengan pelbagai teknologi canggih.

Menurut Tesla, Roadster merupakan kereta sport elektrik paling ekstrem yang pernah dihasilkan, dengan gabungan teknologi canggih, rekaan aerodinamik dan diinspirasikan daripada industri aeroangkasa. Ditawarkan dalam tiga varian iaitu Performance, Thrust dan Rocket.

Tesla Roadster Thrust mampu memecut dari 0 ke 96km/j dalam masa kurang daripada satu saat, hasil gabungan motor elektrik dan sistem pendorong gas bertekanan tinggi. Manakala untuk, varian Performance ia dilengkapi dengan sistem aerodinamik aktif serta sistem sedutan pelbagai mod di bawah badan kereta untuk meningkatkan daya cengkaman.

Untuk varian paling premium iaitu Rocket, ia hanya mempunyai satu tempat duduk sahaja. Dilengkapi dengan sistem penerbangan dengan 10 pendorong gas sejuk yang ditempatkan di sekeliling badan kenderaan. Tesla mendakwa, varian Rocket mampu memecut dari 0 ke 96km/j dalam masa hanya 0.59 saat.
Buat masa ini, hanya varian Performance dan Thrust dibuka untuk tempahan, manakala varian Rocket hanya tersedia melalui jemputan. Bagi yang berminat, Tesla Roadste boleh dipra-tempah pada harga bermula dari RM21,000 dengan jaminan pemulangan wang.

Namun, sekiranya anda tidak suka menunggu terdapat pilihan untuk menerima kereta kereta dalam tempoh 10 hari sahaja, dengan membuat bayaran berjumlah RM182,000.
Buat masa ini, spesifikasi penuh masih dan harga rasmi jualan Tesla Roadster di Malaysia masih belum diumumkan. Untuk, tempahan Tesla Roadster boleh layari laman rasmi Roadster – Electric Sports Car | Tesla.