HUAWEI dijangka bakal memperkenalkan fon lipat generasi baru iaitu Mate X8 seawal bulan depan.

Menurut maklumat, Mate X8 dijangka hadir dengan skrin lebih besar, cip baru dan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih tinggi. Peranti ini dijangka hadir dengan skrin luar bersaiz 6.5-inci dan skrin utama pula bersaiz 8.15-inci, sedikit lebih besar berbanding Mate X7.
Dengan skrin yang lebih besar ia mampu memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik ketika menggunakan aplikasi, menonton video atau melakukan pelbagai tugasan serentak. Lebih menarik, peranti ini berkemungkinan akan menyokong teknologi Privacy Display seperti mana yang ditawarkan oleh Samsung pada Galaxy S26 Ultra.

Dari segi prestasi, Mate X8 dikatakan akan menggunakan cip Kirin 9050 atau Kirin 9050 Pro, bergantung pada varian yang ditawarkan. Cip baru ini dijangka membawa peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.
Satu lagi peningkatan yang dijangka akan tiba adalah kapasiti bateri yang lebih tinggi sekurang-kurangnya 6000mAh. Sekiranya laporan ini tepat, Mate X8 dijangka akan menjadi antara fon lipat menarik yang akan tiba pada tahun ini. Laporan sama turut mendedahkan, HUAWEI Mate X8 berkemungkinan tiba pada sekitar November ini.