Close

Siri HONOR Win2 diumumkan – Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dan bateri 12,070mAH

HONOR secara rasmi memperkenalkan barisan baru siri Win di China, tampil dengan tiga pilihan model iaitu Win2, Win RT2 dan jug Win Turbo2.

HONOR Win2 merupakan model paling tinggi dalam siri ini, hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.89-inci dengan paparan 185Hz dan menyokong kecerahan puncak 10,000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 12MP Ultra Lebar dan 50MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 80W tanpa wayar. Perkara paling menarik pada HONOR Win2 adalah ia dilengkapi dengan sistem penyejukan yang menggunakan dua kipas terbina. Gabungan kedua-dua kipas ini mampu menghasilkan aliran udara sehingga 284% lebih tinggi berbanding HONOR Win generasi pertama.

HONOR Win RT2 turut hadir dengan saiz skrin yang sama seperti Win2. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Selain itu, ia turut berkongsi tetapan kamera yang sama iaitu 200MP + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP.

Turut dilengkapi dengan sistem penyejukan dengan kipas terbina bagi memastikan prestasi kekal stabil ketika menjalankan tugasan berat. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih tinggi iaiatu 12,070mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 27W pengecasan berbalik berwayar.

Manakala untuk HONOR Win Turbo2, turut hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.89-inci dengan paparan 185Hz dan bateri 12,070mAh. Namun, model ini menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang kurang berkuasa berbanding Snapdragon 8 Elite Gen 5 pada Win RT2. Selain itu, ia tidak dilengkapi dengan sistem kipas penyejukan terbina.

Dari segi kamera, Win Turbo2 menggunakan sensor utama 50MP + 12MP di bahagian belakang. Manakala, untuk swafoto ia menggunakan sensor 50MP.

Untuk spesifikasi lain, ketiga-tiga peranti ini dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik di bawah skrin serta penarafan ketahanan IP69K, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC dan GPS. Menjalankan sistem operasi MagicOS 11 berasaskan Android dengan sokongan pelbagai ciri AI yang terkini.

Di China, HONOR Win2 dijual pada harga bermula CNY5499 (RM3360), sementara untuk Win RT2 pula sekitar CNY4199 (RM2567) dan Win Turbo2 bermula dari CNY3199 (RM1954).

ARTIKEL BERKAITAN