Close

Siri OPPO Find X10 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM4999

OPPO Malaysia secara rasmi memperkenalkan barisan baru peranti andalan mereka melalui siri Find X10. Hadir dengan rekaan yang berbeza dan tersedia dalam dua pilihan model iaitu Find X10 dan Find X10 Pro Max.

Buat pertama kalinya, OPPO menggunakan nama ‘Pro Max’ dan ia merupakan model paling premium dalam siri ini. Tampil dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9600 Pro yang dipadankan dengan 16GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP dengan OIS + 200MP Ultra Lebar + 200MP Telefofo dengan 3x zum optik dan swafoto 50MP. Kemampuan kamera ini dibantu dengan sistem Hasselblad dan sistem Lumo yang dibangunkan sendiri oleh OPPO.

Dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengeasan pantas 80W berwayar dan 50W tanpa wayar. Peranti ini menyokong penarafan IP69, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari ultrasonik dan menjalankan sistem operasi ColorOS 17 yang berasaskan kepada Android 17.

Untuk OPPO Find X10, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9600M yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5x dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP dengan OIS + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 8000mAh dengan pengecasan pantas 80W dan 50W tanpa wayar. Turut menjalankan sistem operasi ColorOS 17 yang berasaskan Android 17.

Untuk pasaran Malaysia, OPPO Find X10 dijual pada harga bermula RM4999. Manakala, untuk Find X1- Pro ia dijual pada harga RM699. Bagi yang berminat, siri Find X10 boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 29 Oktober dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma Bambu Lab A1 mini 3D Printer bernilai RM1249 dan naik taraf storan percuma bernilai RM600.

ARTIKEL BERKAITAN