Close

Bose secara rasmi ambil alih Skullcandy

Bose secara rasmi mengumumkan pengambilalihan Skullcandy, sekaligus menjadikan jenama audio terkenal tersebut berada di bawah portfolio perniagaannya.

Tiada maklumat mengenai nilai pengambilalihan yang dikongsi dan pengambilalihan ini dibuat berasaskan kerjasama sedia ada antara kedua-dua syarikat. Sebelum ini, teknologi audio Bose telah digunakan dalam beberapa produk fon kepala dan fon telinga Skullcandy.

Dengan pengambilalihan ini, ia akan memberikan Skullcandy lebih banyak akses kepada teknologi audio, sumber dan kepakaran dari Bose. Walaupun kini berada di bawah Bose, Skullcandy akan terus beroperasi sebagai jenama berasingan di bawah bahagian Premium Consumer Audio Bose.

Pengambilalihan ini memperlihatkan usaha Bose untuk mengembangkan portfolio jenama audionya, sambil mengekalkan kedudukan Skullcandy yang mempunyai identiti tersendiri dalam pasaran produk audio. Buat masa ini, kedua-dua syarikat belum lagi mengumumkan sebarang perubahan terhadap barisan produk sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN