Samsung Galaxy S27 Pro dan S27 Ultra dijangka hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya.
Menurut laporan, kedua-dua model akan dimuatkan dengan bateri yang lebih besar sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih panjang. Berdasarkan maklumat yang dikongsi, Galaxy S27 Pro akan dilengkapi dengan bateri 5200mAh sementara untuk Galaxy S27 Ultra pula adalah 5700mAh.

Sebagai perbandingan, Galaxy S26 Ultra hadir dengan kapasiti bateri 5000mAh. Jika maklumat ini tepat, Galaxy S27 Ultra akan menerima peningkatan 700mAh atau sekitar 14%, sementara Galaxy S27 Pro menawarkan peningkatan 200mAh atau 4%.
Walau bagaimanapun, tiada peningkatan dari segi pengecasan bermaksud kedua-dua model kekal menggunakan teknologi pengecasan 60W berwayar seperti pada model sebelumnya.
Buat masa ini, Samsung masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketibaan siri Galaxy S27. Namun, laporan sebelum ini menyatakan siri Galaxy S27 Samsung mungkin kembali kepada jadual pelancaran biasa iaitu sekitar Januari atau Februari 2027.