Close

Pusat Tesla pertama di Malaysia kini dibuka – Ini yang anda perlu tahu

Pusat Tesla pertama di Malaysia secara rasmi telahpun dibuka. Pembukaan pusat ini dijangka akan memudahkan pengguna untuk melihat, menguji dan mendapatkan sebarang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Tesla.

Pagi ini saya telah melancarkan ibu pejabat dan Pusat TESLA pertama di Malaysia.

Kehadiran Tesla akan memudahkan pemindahan pengetahuan, membantu meningkatkan keupayaan PKS dalam ekosistem EV, serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran dan bergaji tinggi untuk rakyat… pic.twitter.com/pLqWPN77pK

— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) October 2, 2023

 

Pusat Tesla yang terletak di Cyberjaya ini dibina dengan keluasan 55,000 kaki persegi menempatkan ibu pejabat, pusat jualan, pusat pengalaman, pusat servis dan sistem pengecas Tesla Supercharge. 

Walaubagaimanapun, pada ketika ini Pusat Tesla hanya menawarkan beberapa perkhidmatan sahaja iaitu pusat pengalaman dan penjualan. Manakala, perkhidmatan seperti pusat servis serta penghantaran dan penerimaan kenderaan hanya akan tersedia menjelang hujung tahun ini.

Seiring dengan pembukaannya, Tesla turut mengumumkan yang model 3 “Highland” akan mula dihantar kepada pengguna bermula penghujung tahun ini dan Model Y akan mula dihantar pada awal tahun depan.

Di Malaysia, Tesla Model 3 ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu pacuan roda belakang (RWD) dan dwi-motor pacuan semua roda (AWD) dengan harga jualan bermula RM189K untuk RWD dan meningkat kepada RM218K untuk dwi-motor AWD.


Manakala untuk model Y, ia ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Model Y RWD, Long Range AWD dan Perfomance AWD. Harga jualan bermula RM199,000 untuk Model Y RWD, RM246,000 untuk Model Y Long Range AWD dan RM288,000 untuk Model Y Peformance AWD.



ARTIKEL BERKAITAN