Close

Siri Redmi Note 13 dilancarkan – Cip Dimensity 7200-Ultra, kamera 200MP dan pengecasan 120W

Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi secara rasmi melancarkan barisan baharu di bawah siri Redmi Note 13 di China. Hadir dalam tiga pilihan varian iaitu Redmi Note 13, Note 13 Pro dan Note 13 Pro+.

Redmi Note 13


Redmi Note 13 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 1000 nits dan juga PWM Dimming pada 1920Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6080 yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2

Untuk fotografi, ia menyokong tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 100MP + 2MP kedalaman. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 33W.

Di China, Redmi Note 13 dijual pada harga bermula sekitar CNY 1099 (RM706). Tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Star Sand, Midnight dark dan Time blue.

Redmi Note 13 Pro

Untuk Redmi Note 13 Pro, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong touch sampling rate pada 2160Hz dan PWM Dimming pada 1920Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dari segi fotografi, ia menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP Samsung ISOCELL HP3 + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5100mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 67W.

Di China, Redmi Note 13 Pro djual pada harga bermula sekitar CNY 1399 (RM898). Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Midnight dark, Time Blue, Shallow dream dan Star Sand White.

Redmi Note 13 Pro+


Merupakan varian premium dalam barisan Redmi Note 13. Hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 1800 nits, PWM Dimming pada 1920Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus. Dijana dengan cip Dimensity 7200-Ultra yang dipadankan dengan RAM  LDPPR5 sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 200MP Samsung ISOCELL HP3 + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 120W.

Di China, Redmi Note 13 Pro+ djual pada harga bermula sekitar CNY 1999 (RM1283) untuk 12GB + 256GB dan CNY 2299 (RM1476) untuk 16GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN