Close

Peranti lipat pertama dari OnePlus dilaporkan adalah Oppo Find N3

Sumber : Onleaks X Smartprix

OnePlus telahpun mengesahkan yang mereka akan melancarkan peranti lipat pertama mereka pada tahun ini. Antara maklumat yang telah tertiris mengenai peranti ini adalah ia akan menggunakan nama OnePlus Open dan akan menggunakan rekaan yang sama seperti Samsung Galaxy Z Fold4.


So… OnePlus Open!

Is it any good? yes
Can it compete with others? yes
Does it look good? yes, if you like big cams
Periscope cam? Yesssssssssss (3x)
Form factor? Like OPPO Find N3
Launch? August 29.
Colors? Black&Green
Price? 🤫 (for now)

What else?

— Max Jambor (@MaxJmb) July 21, 2023

 

Terbaru, pakar tiris Max Jambor melalui Twitter beliau telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai OnePlus Open. Menurutnya, OnePlus Open berkemungkinan besar akan menggunakan rekaan yang sama seperti Oppo Find N3. Dengan rekaan yang sama, OnePlus Open dijangka akan dilengkapi dengan kamera periskop dengan penjenamaan Hasselblad.


Walaubagaimanapun, maklumat mengenai spesifikasi penuh dan penawaran harga buat masa ini tidak didedahkan. Namun, terdapat laporan mendedahkan yang  OnePlus Open dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 4800mah dan pengecasan pantas 67W. 


Selain itu, acara pelancaran untuk OnePlus Open dijangka akan berlangsung pada 29 Ogos ini dan akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan hijau. 

ARTIKEL BERKAITAN