Seiring dengan pelancaran HONOR 90 5G. HONOR Malaysia turut melancarkan satu lagi peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu HONOR 90 Lite. Merupakan model kelas pertengahan yang tampil dengan kamera 100 MP.
HONOR 90 Lite ia hadir dengan cip Dimensity 6020 yang menyokong 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dilengkapi dengan skrin LTPS LCD bersaiz 6.7-inci yang menyokong paparan 90Hz.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5MP + 2MP dan swafoto sebesar 16MP. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada HONOR 90 Lite adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooth 5.3 dan menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13.
Di Malaysia, HONOR 90 Lite dijual pada harga RM1099. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula 22 Julai ini di semua pengedar sah HONOR Malaysia. Setia pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM258.