Close

HONOR PAD X9 turut dilancarkan di Malaysia dengan harga RM1099

Pada acara yang sama, HONOR Malaysia turut melancarkan tablet baharu untuk pasaran Malaysia melalui model HONOR X9 Pad. Melaluinya, ia hadir dengan keupayaan yang memfokuskan kepada penggunaan yang lebih menyeluruh.

HONOR X9 Pad dilengkapi dengan cip Snapdragon 685 4G yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Hadir dengan skrin LCD 2K bersaiz 11.5-inci yang menyokong paparan 120Hz. 


Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera tunggal 5MP dan swafoto 5MP. Dimuatkan dengan bateri 7250mAh bersama 6 pembesar suara dari HONOR Histen. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 5.1, WiFi 5 dan menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 yang berasakan Android 13.

Di Malaysia, HONOR X9 Pad dijual pada harga RM1099. Boleh dibeli bermula hari ini di semua pengedar sah HONOR Malaysia, setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM299.

ARTIKEL BERKAITAN