Close

Semua ciri baru watchOS 10 yang anda perlu tahu

Pada acara WWDC 2023 Apple turut mengumumkan sistem operasi baharu untuk Apple Watch iaitu watchOS 10. Kemas kini ini boleh dikatakan perubahan paling besar yang dibawakan oleh Apple pada watchOS. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi semua ciri baharu yang dibawakan pada watchOS 10.

Muka jam baharu

Mungkin perubahan paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pengguna Apple Watch. Yang mana, Apple membawakan dua muka jam baharu iaitu Pallette dan Snoppy.
Muka jam baharu ini membawakan rekaan yang lebih minimal, menarik dan lebih banyak maklumat yang dipaparkan. Perkara menarik mengenai muka jam Snoppy adalah ia boleh berubah mengikut keadaan cuaca dan menjadi aktif apabila dalam mod senaman.
Kecergasan dan kesihatan

Apple turut membawakan beberapa penambahbaikan dalam kecergasan dan kesihatan dengan memperkenalkan mod Cycling dan Hiking. Untuk Cycling ia kini membawakan beberapa ciri baharu di bawahnya seperti menyokong sambungan Bluetooth pada aksesori dan maklumat kayuhan yang lebih tepat.
Manakala Hiking, ia kini hadir dengan ciri Trail information, Topograpic maps dan Elevator alerts. Selain itu, ia turut hadir dengan aplikasi compass yang lebih terperinci, memaparkan maklumat mengenai denai, kawasan panggilan kecemasan dan kawasan yang mempunyai rangkaian selular.
Selain itu, Apple turut membawakan dua ciri kesihatan baharu iaitu pengelihatan dan mental. Untuk ciri kesihatan mental, ia membantu pengguna untuk memantau keadaan emosi. Sementara untuk ciri kesihatan penglihatan pula ia membantu untuk mengurangkan risiko rabun dekat di kalangan kanak-kanak.
Smart Stack

Pengguna kini boleh melihat maklumat penting melalui ciri Smart Stack yang boleh diakses melalui butang Digital Crown. Smart Stack merupakan widget yang memaparkan maklumat pantas mengenai seperti agenda harian, skor perlawanan, cuaca dan lain-lain.
Menarik mengenai ciri ini adalah ia disusun secara berlapis dan boleh ditukar dengan memutar butang Digital Crown.
NameDrop

Seperti pada iOS 17, ciri NameDrop turut hadir pada watchOS 10 yang mana ia membolehkan pengguna berkongsi maklumat peribadi dengan lebih mudah. Ciri ini memerlukan peranti Apple Watch dan iPhone di dekatkan untuk bertukar maklumat.
Senarai Apple Watch yang menyokong watchOS 10

Pada ketika ini, watchOS 10 telahpun tersedia dalam versi Beta tertutup untuk pembangun, versi stabil dijangka akan ditawarkan kepada pengguna pada penghujung 2023. Untuk sokong kemas kini watchOS 10 ia hanya akan menyokong Apple Watch 4 dan ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN