Close

iPhone 14 dijangka akan hadir dengan pilihan warna baharu

Pada tahun lalu, Apple sedia menawarkan pilihan warna baharu iaitu Hijau pada siri iPhone 13. Yang mana, pilihan warna baharu tersebut hanya tersedia pada iPhone 13 dan iPhone 13 Pro.

Terkini, terdapat laporan menyatakan yang Apple mungkin akan menawarkan pilihan warna baharu untuk siri iPhone 14 pada tahun ini. Pilihan warna baharu yang akan ditawarkan adalah warna Kuning.

Berdasarkan dari laporan awal, pilihan warna baharu ini akan tersedia untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus sahaja. Tidak dapat dipastikan, adakah pilihan warna baharu ini akan turut tersedia untuk iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max atau sebaliknya. Kebiasaanya, Apple lebih cenderung untuk menawarkan pilihan warna baharu pada siri premium mereka.

Apple mula menawarkan pilihan warna baharu bermula pada 2017 melalui iPhone 7 dan 7 Plus (RED Product), 2018 melalui iPhone 8 dan 8 Plus (RED Product), 2021 melalui iPhone 12 dan 12 mini (Ungu) dan 2022 melalui iPhone 13 dan 13 Pro (Hijau).

Sudah menjadi resam bagi Apple untuk memperkenalkan pilihan warna baharu pada peranti semasa mereka. Ia juga boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk Apple meningkatkan semula jualan siri iPhone 14.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN