Close

Apple umumkan cip M2 Pro dan M2 Max yang lebih berkuasa

Apple hari ini mengumumkan dua cip pemprosesan baharu bagi menggantikan cip sedia ada. Menggunakan nama M2 Pro dan M2 Max, hadir dengan sejumlah peningkatan dan merupakan cip komputer riba yang paling berkuasa dan paling efisien di dunia ketika ini.

Cip M2 Pro menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 20 % dan GPU sebanyak 30 %. Dibina dengan menggunakan teknologi binaan 5nm generasi kedua. Cip M2 Pro ini menyokong sehingga 12-teras CPU dan 19-teras GPU.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan memori sehingga 32GB dengan kelajuan mencecah 200GBps dan Neural Engine 16-teras baharu yang lebih berkuasa dengan 40% lebih pantas dari model sebelumnya.

Cip M2 Max turut menggunakan teknologi binaan 5nn bersama 12-teras CPU dan 38-teras GPU. Menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 20% dan GPU sebanyak 30%. Kelajuan grafik pada cip ini adalah 30% lebih baik dari M1 Max.

Dilengkapi dengan memori sehingga 96GB dengan kelajuan mencapai sehingga 400GBps. Turut hadir dengan Neural Engine 16-teras baharu yang lebih berkuasa.

Apple akan menawarkan kedua-dua cip baharu ini pada MacBook Pro dan Mac Mini yang dikemaskini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN