Siri Vivo X90 telahpun dilancarkan secara rasmi di China pada tahun lalu. Hadir dengan tiga varian iaitu Vivo X90, X90 Pro dan X90 Pro +. Di china, siri Vivo X90 ditawarkan dengan harga bermula dari (CNY3,699) RM2385 sehingga (CNY6,499) RM4190.
π―π’π―π¨ πππ ππππππ ππ ππππ ππ ππππππππ?
Step up your photography skills with the brand-new flagship #vivoX90Series! Get ready to unlock a new level of PRO photography that is soon to be here
Whoβs ready to witness #ProPhotographyInPocket? pic.twitter.com/5EcRzVoBrr
β vivo Malaysia (@vivo_malaysia) January 9, 2023
Berikutan dari itu, Vivo Malaysia hari ini memberikan bayangan awal mengenai pelancaran siri Vivo X90 di Malaysia. Seperti model sebelumnya, siri Vivo X90 juga memfokuskan kepada keupayaan kamera dengan kerjasama Zeiss.
Melalui perkongsian yang dibuat melalui media sosial rasmi Vivo, memperlihatkan poster peranti tersebut dengan tulisan βPro is comingβ. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah Vivo akan hanya melancarkan satu varian sahaja untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya. Vivo juga tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya di Malaysia.
Sebelum ini, siri Vivo X90 telah dilaporkan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia, sekaligus memberikan petanda awal yang peranti tersebut akan memasuki Malaysia. Seperti biasa, akan lebih maklumat akan dikongsi menjelang hari pelancarannya.