Close

Ini senarai peranti Honor yang akan menerima MagicOS 7.0 berasaskan Android 13

Pada ketika ini, kebanyakkan pengeluar mula memberikan jadual kemaskini berasaskan Android 13 pada peranti mereka. Antara pengeluar yang telah mengeluarkan senarai kemaskini adalah Samsung, Asus, Xiaomi dan lain-lain.

Berikutan dari itu, Honor telah mengeluarkan senarai peranti dan juga jadual kemaskini MagicOS 7.0 untuk peranti mereka. MagicOS 7.0 menawarkan sejumlah ciri baharu dan juga antaramuka yang lebih kemas dan lebih cantik berbanding MagicUI 6.2. Antara ciri baharu yang akan dibawakan adalah seperti MagicGuard, Honor OS Turbo X, MagicRing dan sebagainya.

Namun begitu, buat masa ini, senarai peranti dan juga jadual kemaskini MagicOS 7.0 adalah untuk pengguna di China sahaja. Manakala, untuk pengguna Global senarai dan jadual akan dikongsi tidak lama lagi.

Senarai peranti dan jadual kemaskini MagicOS 7.0.

December 2022

  • Honor Magic V
  • Honor Magic3 Ultimate Edition
  • Honor Magic3 Pro
  • Honor Magic3
  • Honor V40

January 2023

  • Honor Magic4 Supreme Edition
  • Honor Magic4 Pro
  • Honor Magic4

February 2023

  • Honor 70 Pro+
  • Honor 70 Pro
  • Honor 70

March 2023

  • Honor 60 Pro
  • Honor 60
  • Honor 50 Pro
  • Honor 50

April 2023

  • Honor X40 GT

May 2023

  • Honor V40 Light Luxury Edition
  • Honor X40
  • Honor X30

ARTIKEL BERKAITAN