Qualcomm telah mengesahkan acara pelancaran khas pada 20 Mei di China. Yang mana dalam acara tersebut Qualcomm dijangka akan memperkenalkan dua cip baharu bagi menggantikan cip sedia ada dari kelas andalan dan kelas pertengahan.
Menurut laporan, Qualcomm dijangka akan melancarkan Snapdragon 8 Gen 1+ dan juga Snapdragon 7 Gen 1. Snapdragon 8 Gen 1+ akan membawakan kemampuan prestasi yang sama dengan satu teras utama Cortex X2 3Ghz, tiga teras prestasi Cortex A710 dan empat teras kecekapan Cortex A510. Namun terdapat peningkatan dari segi kemampuan grafiknya. Cip ini akan dihasilkan oleh TSMC dengan teknologi binaan 4nm.
Manakala pada Snapdragon 7 Gen 1, ia akan hadir dengan empat teras prestasi Cortex-A710 2.36GHz dan empat teras A510 1.8Ghz bersama GPU Adreno 662.
Dengan pelancaran ini, beberapa pengeluar dari China dijangka akana menjadi yang terawal akan hadir dengan cip terbaharu dari Qualcomm ini. Antaranya adalah Motorola dengan Snapdragon 8 Gen 1+ dan Oppo dengan Snapdragon 7 Gen 1.