Google nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan jam tangan pintar pertama mereka iaitu Pixel Watch. Walaupun sebelum telah banyak maklumat mengenai jam tangan pintar daripada Google namun ia tidak pernah dilancarkan sehingga ke hari ini.
![]() |
Sumber : FrontPageTech |
Bagaimanapun, pada tahun 2022 Pixel Watch akan menjadi satu realiti. Perkara ini merujuk kepada dua sumber yang dipercayai di arena web dan juga berdasarkan beberapa imej rasmi Pixel Watch yang telah tertiris di arena web.
![]() |
Sumber : FrontPageTech |
Pada bulan April yang lalu, Jon Prosser telah pun melaporkan beberapa maklumat awal mengenai Pixel Watch. Kini beliau telah kongsikan beberapa imej awal yang didakwa dihasilkan oleh Google dan mengatakan imej tersebut adalah imej rasmi bagi tujuan pemasaran.
![]() |
Sumber : FrontPageTech |
Merujuk kepada imej Pixel Watch yang tertiris, ia membawakan rekaan berbentuk bulat tanpa bezel, sama seperti rekaan yang dikongsi oleh Prosser pada bulan April yang lalu. Namun, terdapat beberapa perubahan besar dari segi reka bentuk berdasarkan dari imej Google Maps dalam Pixel Watch dengan reka bentuk yang berbeza daripada Wear OS 3 yang digunakan pada Galaxy Watch 4.
![]() |
Sumber : FrontPageTech |
Ciri kecergasan dan kesihatan seperti kadar denyutan jantung dan lain-lain dijangka akan dimuatkan pada Pixel Watch dengan integrasi dari Fitbit.
![]() |
Sumber : FrontPageTech |
Hari pelancaran paling awal bagi Pixel Watch adalah pada bulan Mac 2022, dengan harga jualan mungkin bermula dari RM1,476 ( $349). Selain itu, Pixel Watch dijangka akan ditawarkan kepada beberapa buah negara sahaja seperti mana fon Pixel.