Close

ASUS ROG Phone 3 rasmi di Malaysia – Paparan 144Hz dan bateri 6000mAh dengan harga bermula RM2,999

 

ASUS ROG Phone 3 telah pun dilancarkan pada bulan Julai yang lalu. Dan kini, ia rasmi memasuki Malaysia. Asus ROG Phone merupakan peranti yang menfokuskan kepada permainan. Asus ROG Phone kini sudah pun memasuki generasi ketiga.

Dari segi spesifikasi, ASUS ROG Phone 3 hadir dengan skrin 6.59 inci FHD+ AMOLED dengan paparan yang dipertingkatkan kepada 144Hz. Menyokong latensi pada 1ms dan 240Hz touch sampling rate bagi memberikan pengalaman bermain tahap tertinggi.

Selain itu, ROG Phone 3 juga turut menyokong paparan HDR10+, menjadikan ia bukan sahaja sesuai untuk permainan malahan sesuai untuk kandungan multimedia.

Peranti ini juga dijana dengan cip pemproses terkini iaitu 865+ dimuatkan kedalam ASUS ROG Phone 3 yang menawarkan peningkatan 10% berbanding 865. Menggunakan teknologi LPDDR5 dengan pilihan RAM 8GB , 12GB dan juga 16GB, storan hadir dengan dua pilihan 256GB dan 512GB UFS 3.1.

Masih mengekalkan kapasiti bateri dan pengecasan pantas yang sama pada ROG Phone 2 iaitu 6000mAh bateri dan HyperCharge 30W.

Fungsi lain yang dibawakan oleh ROG Phone 3 adalah Air Trigger 3 dengan sensor sentuh Ultrasonik, Gaming Mod iaitu X Mod yang mengubah tetapan kepada pretasi permainan tahap tertinggi. Sistem penyejuk Gamecool 3 yang telah dinaik taraf dibantu dengan grafit dibawah skrin untuk pengaliran haba yang baik.

Asus ROG.Phone 3 hadir dengan tiga pilihan dengan Strix Edition menawarkan spesifikasi yang sedikit rendah iaitu SD865 8GB/256GB. Dan dua lagi menggunakan SD865+ 12GB/512GB dan 16GB/512GB. Tiada pilihan storan 1TB seperti pada Asus ROG Phone 2. Dan Setiap pembelian disertakan dengan Aero Active Cooling 3, Dongle Audio dan Armor case didalam kotak. Berikut senarai harga rasmi di  Malaysia :

  • ROG Phone 3 Strix Edition : SD865/ 8GB/256GB RM2,999
  • ROG Phone 3 : SD865+/ 12GB/512GB RM3,799
  • ROG Phone 3 : SD865+/ 16GB/512GB RM4,499

Aksesori lain yang hadir bersama Asus ROG Phone 3 Adalah ROG Ranger BC1001 Waist Pack, ROG Clip, ROG Lighting Armor Case & Screen Protector, ROG Kunai 3 Gamepad,Mobile Desktop DockT dan juga TwinView Dock 3.

ARTIKEL BERKAITAN