Close

Lensa kamera pada Samsung Galaxy S20 Ultra dilaporkan pecah secara tiba-tiba

Samsung Galaxy S20 Ultra adalah peranti mercu terbaharu dari Samsung dengan pelbagai teknologi baharu seperti paparan 120Hz dan kamera 108MP yang dijual dengan harga RM5,000 untuk pasaran di Malaysia.

Namun menurut laporan dari Sammobile, terdapat pengguna yang melaporkan kaca lensa kamera Samsung Galaxy S20 Ultra pecah secara tiba-tiba tanpa sengaja merosakkannya, walaupun gunakan seperti biasa.

Tiada jatuh atau hentakan, tapi bila keluar dari poket, pengguna dapati ia sudah pecah. Dan pelbagai lagi senario yang dilaporkan secara tiba-tiba lensa kamera Galaxy S20 Ultra ini retak, mahupun pecah yang teruk.

Laporan juga turut menyebut permasalahan ini sebagai isu kosmetik dan tiada jaminan waranti, malah pengguna perlu tanggung kos kerosakan tersebut dengan bayaran $100 (~RM434) bagi yang melanggan Samsung Premium Care dan $400 (~RM1,738) untuk pengguna biasa.

Ia sememangnya satu nilai yang agak tinggi untuk dibaiki jika anda pengguna biasa. Setakat ini Samsung masih belum memberi penjelasan secara terperinci tentang permasalahan yang berlaku pada lensa kamera Galaxy S20 Ultra ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN