Sebelum ini telah ada desas desus awal mengatakan yang Apple akan mula menyertakan ciri sokongan sambungan rangkaian satelit. Berikutan itu, Apple merancang untuk memperkenalkan ciri ini pada iPhone 14 dan Apple Watch yang akan datang.
Sumber: Yesky |
Dengan adanya sokongan sambungan rangkaian satelit, ia bermakna pengguna akan masih boleh menggunakan iPhone atau Apple Watch untuk menghantar mesej kecemasan dan juga fungsi SOS tanpa memerlukan sebarang rangkaian telekomunikasi.
Pada permulaan, Apple dijangka akan memperkenalkan ciri ini pada iPhone 13. Bagaimanapun atas sebab tertentu Apple tidak membawakan ciri ini pada iPhone 13 sebaliknya ia akan hadir pada iPhone 14 dan juga Apple Watch. Memandangkan sesetengah pengguna telah mula menggunakan Apple Watch untuk membuat panggilan jadi ciri ini dijangka hadir pada generasi Apple Watch baru.
Pada tahun lalu, Apple mengumumkan akan melancarkan satelit komunikasi orbit rendah LEO atau menggunakan fungsi sambungan satelit pada iPhone baharu yang juga tidak menggunakan sebarang rangakaian. Kedua dua ciri ini membolehkan pengguna menghantar mesej kecemasan melalui rangkaian satelit sekaligus dapat meningkatkan keupayaan untuk meminta bantuan dari kawasan yang tiada liputan rangkaian. Apple turut melihat ciri ini sebagai salah satu peranan penting untuk menyelamatkan nyawa pada saat saat yang genting.