Close

iPay88 dilaporkan telah digodam – Kemungkinan data kad pengguna dicuri


iPay88 yang merupakan penyedia transaksi dalam talian, melaporkan yang mereka telah mengesan berlakunya insiden kebocoran data pada sistem mereka pada 31 Mei 2022.

Berikutan dari itu, iPay88 dikatakan telah membawa pakar keselamatan siber untuk menyelesaikan isu tersebut. Proses pembendungan tersebut dikatakan telah berjaya diselesaikan berikutan tiada lagi aktitvi mencurigakan dikesan sejak 20 Julai 2022.

 

Bagi memastikan keselamatan yang berterusan, iPay88 telah mempelbagai langkah dan kawalan baharu bagi mengukuhkan keselamatan sistem mereka. Namun begitu, iPay88 setakat ini tidak mendedahkan mengenai jumlah pengguna yang terkesan dengan insiden ini. 

Siasatan lanjut dikatakan sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa dan pihak berkaitan mengenai perkara ini. Maklumat yang lebih terperinci akan dikongsi dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN