Close

Poco M4 5G akan ditawarkan di Malaysia pada 18 Ogos ini

Poco akhirnya membawakan peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu Poco M4 5G yang akan ditawarkan bermula pada 18 Ogos ini. Peranti ini menfokuskan kepada keupayaan rangkaian 5G dengan harga yang berpatutan.

Poco M4 5G merupakan peranti kelas pertengahan, hadir dengan skrin bersaiz 6.58-inci FHD+ yang dijana cip dari MediTek iaitu Dimensity 700. Menawarkan dua pilihan RAM dan storan dalaman iaitu 4GB atau 6GB dan 64GB atau 128GB.

Dari segi fotografi, peranti ini membawakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama adalah 13 MP + 2 MP sensor kedalaman.Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor 5 MP. Dilengkapi dengan bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 18W. Menjalankan sistem operasi MIU 13 for Poco berasaskan Android 12.

Untuk pasaran Malaysia, Poco M4 5G akan dijual pada tanda harga RM699 untuk 4GB+64GB dan RM899 untuk 6GB+128GB. Namun, pada hari pelancarannya iaitu 18 Ogos sehingga 24 Ogos ia akan dijual pada harga RM649 untuk 4GB+64GB dan RM799 untuk 6GB+128GB yang akan ditawarkan melalui platform Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN