Close

Renault Zoe EV baharu kini rasmi di Malaysia – Harga bermula dari RM163,000

Renault merupakan salah satu pengeluar pertama yang membawakan kereta elektrik di Malaysia melalui model Renault Zoe. Terkini, Renault Malaysia melalui pengedar rasminya iaitu TC Euro Cars (TCEC) akan menawarkan model baharu Renault Zoe untuk pasaran tempatan.

Melalui generasi baharu Renault Zoe. Renault menjanjikan beberapa peningkatan antaranya adalah dari segi kuasa dan juga jaraknya. Selain itu, beberapa teknologi baharu juga turut dimuatkan dan tampil dengan gaya perancis.
Untuk pasaran Malaysia, Renault Zoe akan ditawarkan dalam dua model iaitu R110 yang menggunakan motor 80kW dan mampu menghasilkan kelajuan maksimum sekitar 108hp. Seterusnya, model R135 hadir dengan motor yang lebih berkuasa iaitu 100kW yang mampu menghasilkan kelajuan maksimum sekitar 133hp. Kedua-duanya menggunakan bateri 52kWh yang mampu dibawa sehingga 395km bagi model R110 manakala 386km bagi model R135.
Dari segi pengecasan, Renault Zoe ia menyokong dua jenis pengecasan iaitu DC dengan CCS2
dan juga AC. Dengan mengunakan pengecasan DC 50kW ia mampu mengecas 80% hanya dalam 70 minit, sementara jika menggunakan AC 22kW ia mengambil masa 3 jam 30 minit dari 0% hingga 100%.
Bagi harga jualan, model R110 dijual pada tanda harga sekitar RM163,000 tanpa insuran, manakala model yang lebih tinggi iaitu R135 dijual pada tanda harga sekitar RM173,000.

ARTIKEL BERKAITAN