Close

Xiaomi 12 Lite kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula dari RM1,699

Xiaomi kini menawarkan peranti kelas pertengahan baharu mereka iaitu Xiaomi 12 Lite untuk pasaran tempatan. Membawakan pelbagai naik taraf dari segi reka bentuk dan spesifikasi.

Xiaomi 12 lite dilengkapi dengan skrin 6.55-inci AMOLED bersama paparan 120Hz. Turut menyokong kandungan Dolby Vision dan HDR10+. Dikuasakan cip Snapdragon 778G yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Kapasiti bateri sebesar 4300mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas Xiaomi AdaptiveCharge 67W. Menjalankan sistem operasi MIUI 13 berasaskan Android 12.

Untuk fotografi, ia membawakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 108MP (Samsung HM2) + 8MP ultra lebar + 2MP sensor makro. Manakala untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, pembesar suara jenis stereo dan lain-lain.

Di Malaysia, Xiaomi 12 Lite ditawarkan dengan harga bermula RM1,699 untuk 8GB+128GB dan RM1,899 untuk 8GB+256GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Lite Pink dan Lite Green. 

Pra-tempahan bermula pada 19 Ogos sehingga 26 Ogos dengan diskaun RM100 diberikan. Hadiah menarik seperti botol air, penimbang pintar dan beg sandang akan diterima jika membeli di kedai rasmi Xiaomi. Manakala untuk pembelian di Shopee atau Lazada akan menerima Redmi Buds 3 Lite secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN