Close

OnePlus 11 mungkin hadir dengan pilihan warna Matte Black dan Glossy Green


Sebelum ini, OnePlus telah mengesahkan yang OnePlus 11 akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2. Namun, OnePlus tidak mendedahkan seberang maklumat mengenai peranti tersebut.


Terkini, menurut pakar tiris Max Jambor, mendedahkan yang OnePlus 11 akan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Matte Black dan Glossy Green. Yang mana, untuk pilihan warna Matte Black ia hadir dengan panel belakang jenis Matte yang dapat menyembunyikan kesan cap jari.


Sementara, Glossy Green ia hadir dengan panel belakang jenis berkilat yang mudah memerangkap cap jari. Selain itu, ia mungkin akan menggunakan warna hijau yang lebih gelap berbanding model sebelumnya.


Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah kedua-dua warna akan hadir dengan kemasan bingkai yang sama atau sebaliknya.


OnePlus 11 dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2023. Kemungkinan spesifikasi bagi OnePlus 11 adalah seperti skrin 6.7 inci AMOLED QHD+, paparan 120Hz, 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Tri-kamera sistem dengan kamera utama 50MP + 48MP ultra lebar + 32MP telefoto. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 100W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN