Close

realme GT Neo 5 dilaporkan hadir dengan pengecasan pantas 240W

Salah satu perkara menarik untuk dilihat pada peranti Android adalah mengenai jenis teknologi pengecasan pantas yang digunakan. Jadi, tidak hairanlah kebanyakkan pengeluar sentiasa menawarkan teknologi pengecasan yang lebih pantas dari pesaing mereka.

Menurut Digital Chat Station, realme sedia menawarkan pengecasan yang lebih pantas pada GT Neo 5 iaitu pada 240W. Untuk menggunakan teknologi pengecasan pantas ini, realme dikatakan akan menggunakan teknologi dwi-sel bateri pada GT Neo 5.

realme GT Neo 5 akan ditawarkan dalam dua pilihan dengan kapasiti bateri dan juga teknologi pengecasan yang berbeza. Untuk model BLP985, ia akan hadir dengan kapasiti bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 150W. Manakala untuk model BLP987, ia hadir dengan kapasiti bateri 4600mAh bersama pengecasan pantas 240W.

Namun begitu, laporan ini masih lagi diperingkat awal. Mungkin akan terdapat perubahan dari masa ke semasa. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN