Close

Samsung perkenalkan skrin OLED dengan kecerahan puncak 2000 nits

Pada acara CES 2023, Samsung telah memperkenalkan skrin OLED baharu yang mampu mencapai kecerahan puncak sehingga 2000 nits.

Skrin OLED baharu ini diperakui oleh UL (Underwriters Laboratories) yang merupakan organisasi pengujian global. Selain itu, skrin ini turut mendapat pengiktirafan UDR 2000 (Ultra Dynamic Range) dan dikatakan mampu memberikan warna yang lebih realistik.

Menurut Samsung, telefon pintar memerlukan skrin yang lebih terang berbanding TV atau monitor kerana ia lebih kerap digunakan di kawasan luar. Pada acara tersebut, Samsung turut memperlihatkan perbezaan di antara skrin konvesional dan skrin UDR 2000 

Skrin baharu ini dijangka akan digunakan pada siri Galaxy S23 yang dijangka akan dilancarkan pada 1 Februari ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN