Close

LHDN bakal ganti resit dengan e-invois bermula awal tahun depan

Bermula awal tahun hadapan, Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak lagi akan memberi resit kepada pembayar cukai, sebaliknya akan memberi e-invois sebagai pengganti kepada resit yang digunakan pada ketika ini.

Pengenalan e-invois kepada pembayar cukai dilihat sebagai satu inisiatif bagi memudahkan pembayar cukai untuk menyimpan serta menyemak rekod kewangan mereka. Selain itu, dengan adanya sistem e-invois ia dapat mengurangkan ruang simpanan dokumen dan memudahkan urusan pemohonan pelepasan cukai.

Pendekatan ini di ambil selepas menilai kesukaran pembayar cukai yang perlu menyimpan rekod kewangan mereka sehingga tempoh tujuh tahun seperti yang ditetapkan oleh LHDN. Sistem e-invois ini dijangka akan dilaksanakan secara sepenuhnya bermula awal tahun hadapan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN