Close

Vivo V27 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM1799


Selepas melancarkan Vivo V27e untuk pasaran tempatan pada awal Mac yang lalu, Vivo nampaknya bersedia untuk menawarkan satu lagi peranti iaitu Vivo V27 5G untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik.



Antara perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan skrin melengkung 3D yang merupakan skrin paling nipis dalam keluarga Vivo. Selain itu, ia hadir dengan reka bentuk yang nipis dengan 7.36mm dan berat hanya 180g sahaja. 


Dari segi spesifikasi, Vivo V27 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7200 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 4600mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas FlashCharge 66W.




Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP Sony IMX766V + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Kemampuan kamera ini turut ditala dengan fungsi Aura Light Potrait untuk memberikan hasil gambar malam yang lebih baik. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 50MP.


Di Malaysia, Vivo V27 5G dijual pada harga bermula dari RM1799 untuk 8GB + 256GB dan RM1999 untuk 12GB + 256GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna Flowing Gold, Noble Black dan Emerald Green. Bagi yang berminat, Vivo V27 5G dijual bermula dari 1 April hingga 1 May 2023. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM957 berupa jaminan tambahan selama 1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun dan hadiah eksklusif.

ARTIKEL BERKAITAN