Close

Maybank kini menyokong pembayaran QR rentas sempadan

Berita gembira buat pengguna Maybank, yang mana Maybank kini menyediakan perkhidmatan pembayaran QR rentas sempadan. Yang mana, ia membolehkan pengguna melakukan pembayaran secara terus melalui aplikasi MAE di Indonesia, Thailand dan juga Singapura.

Perkhidmatan ini juga membolehkan peniaga di Malaysia yang mempunyai Maybank QRPay menerima pembayaran daripada pelancong Indonesia, Thailand dan juga Singapura. Selain itu, fungsi ini dilihat dapat memudahkan sebarang urusan pembayaran di luar negara sekaligus dapat meningkatkan lagi ekonomi digital di rantau ASEAN.

Berikutan dari itu, Maybank merancang untu memperluaskan lagi ciri pembayaran QR rentas sempadan di lebih banyak negara tidak lama lagi. Perkhidmatan pembayaran QR rentas sempadan ini dibangunkan melalui kerjasama antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN