Vivo nampaknya sudah bersedia untuk membawakan model baharu di bawah siri V iaitu Vivo V29 Pro. Biarpun tarikh pelancarannya belum lagi didedahkan namun, Vivo telahpun berkongsi beberapa maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada peranti tersebut.
Vivo V29 Pro akan dilengkapi dengan skrin jenis melengkung OLED bersaiz 6.7-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang denegan sensor utama 64MP dan kamera swafoto sebesar 50MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W.
Dari segi konfigurasi, ia hadir dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Biarpun, kebanyakkan spesifikasi telahpun didedahkan namun Vivo tidak berkongsi maklumat mengenai cip yang digunakan pada Vivo V29 Pro. Selain cip, tarikh pelancarannya peranti ini juga masih lagi menjadi rahsia.