Close

Proton lantik 7 pengedar untuk penjualan EV smart

Sebelum ini, PROTON telahpun memuktamadkan perjanjian untuk menjual dan servis kenderaan elektrik (EV) premium daripada smart Automobile Company (smart) di Malaysia dan Thailand.

Berikutan dari itu, anak syarikat Proton iaitu Proton New Energy Technology (Pro-Net) telah melantik 5 pengedar baharu untuk penjualan dan pengedaran EV smart di Semenanjung Malaysia. 5 pengedar baharu tersebut adalah Lee Motors, GB Auto, Mobiliti Pintar, Sigma Energy EV dan Gaya Hidup Eleganz.
Dengan pelantikan 5 pengedar baharu itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan pengedar smart di Malaysia adalah 7 termasuk Edaran Otomobil Nasional (EON) dan Hap Seng Smart. 
Pelantikan pengedar yang lebih banyak adalah salah satu langkah awal menjelang pelancarannya yang dijangka pada suku ke4 tahun ini, dalam masa yang sama dapat menarik minat pelanggan yang berpotensi.
Pro-Net turut merancang untuk menambah lebih banyak pengedar untuk berkerjasama dalam usaha untuk terus berkembang sebagai penyelesaian mobiliti EV premium yang menggabungan reka bentuk futuristik dan teknologi yang canggih. 

ARTIKEL BERKAITAN