Close

Xiaomi 13 Ultra kini ditawarkan untuk pasaran global dengan harga sekitar RM5296

Xiaomi 13 Ultra akhirnya ditawarkan secara global selepas dilancarkan di Hong Kong. Seterusnya, peranti ini dijangka akan memasuki pasaran Eropah pada 12 Jun ini. Namun begitu, buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai ketibaan peranti ini di Malaysia.

Xiaomi 13 Ultra hadir dengan skrin AMOLED LTPO yang bersaiz 6.73-inci dengan paparan 120Hz dan 240Hz touch sampling rate. Merupakan peranti pertama di dunia dengan kecerahan puncak paling tinggi iaitu 2600 nits. Peranti ini turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan berwayar 90W, tanpa wayar 50W dan reverse wireless 10W. Ciri baharu iaitu mod hibernasi turut diletakkan yang membolehkan peranti bertahan sehingga 1 jam dengan bateri 1%. 


Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci dengan zum digital 120X OIS IMX 989 + 50MP ultra lebar IMX 858 + 50MP telefoto dengan zum optikal 3.2X OIS IMX 858 + 50MP telefoto dengan zum digital 5X OIS IMX 858. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP.


Di Hong Kong, Xioami 13 Ultra dijual pada harga sekitar HKD 8,999 (RM5296) untuk 12GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN