Close

WhatsApp bakal membolehkan imej dihantar pada resolusi HD

WhatsApp pada ketika ini sedia menawarkan pelbagai fungsi menarik dalam memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Terbaru, WhatsApp dilaporkan bakal hadir dengan fungsi yang membolehkan imej dihantar pada resolusi HD.


Menurut laporan, fungsi ini dikatakan telahpun diuji melalui WhatsApp versi beta dengan nombor binaan 23.11.0.76 untuk iOS dan 2.23.12.13 untuk Android. Fungsi ini, membolehkan pengguna memilih untuk menghantar imej dalam dua resolusi iaitu Standard Quality atau HD Quality. Fungsi ini dilaporkan hanya muncul apabila pengguna cuba menghantar imej bersaiz besar.

Untuk pilihan standard, ia menyokong resolusi pada 1600 x 1052 pixel. Manakala untuk pilihan HD ia menyokong resolusi pada 4096 x 2692 pixel. Sekiranya pengguna memilih mod HD, ia akan memaparkan label “HD” pada imej tersebut. Namun begitu, fungsi ini dikatakan tidak akan menghantar imej pada kualiti asal.

Buat masa ini, fungsi ini masih lagi dalam fasa ujian dan tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan  pada kedua-dua platform.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN